Tuesday, November 25, 2008

MAAster Wanita-Semua Wanita Mesti Memilikinya


Soalan: Apa Itu MAAster Wanita

Maaster Wanita ialah Satu Plan Yang Unik yang dicipta khas Untuk memenuhi keperluan Wanita Malaysia. Anda amat BERTUAH dilahirkan sebagai WANITA, sebagai anak, kakak, isteri, ibu, surirumah, apatah lagi jika anda wanita berkerjaya dan menyumbang dalam mencari nafkah keluarga. Anda BERTAMBAH BERTUAH jika dilindungi oleh MAAster Wanita, untuk WANITA MASA KINI DAN SELAMANYA.


Soalan: Apakah Plan yang terdapat di dalam Maaster Wanita

MAAster Wanita mengandungi Plan Perlindungan , Simpanan dan Pelaburan khusus untuk Wanita. Plan ini dapat memenuhi pelbagai keperluan di dalam menghadapi pelbagai perubahan di dalam hidup anda sebagai Wanita. Ianya memberikan Wanita Jaminan kebebasan, ketenangan, kesejahteraan dan keselesaan yang menyeluruh untuk anda Wanita Malaysia hari ini.


Soalan: Saya sudah mempunyai insuran/takaful yang juga memberi perlindungan, simpanan dan pelaburan. Adakah Ianya mencukupi.

Jawapan: Sehingga hari ini, kebanyakan plan insuran/takaful bersifat generic/umum dimana lelaki dan perempuan dianggap serupa seperti perlindungan kematian, kemalangan, hilang upaya dan 36 penyakit kritikal. Untuk wanita, ianya tidak memadai kerana wanita mempunyai risiko lain dimana ianya tidak berlaku kepada lelaki kerana fitrah fizikal dan peranan wanita yang berbeza dengan lelaki . Sebagai contoh, wanita perlu melalui proses kehamilan yang tidak dialami oleh lelaki yang boleh mengundang wanita dengan pelbagai risiko. Untuk melindungi wanita secara menyeluruh, MAAster Wanita ini diwujudkan dan kini wanita tidak perlu bimbang kerana MAAster Wanita sememangnya dicipta untuk memberi tambahan perlindungan khusus untuk Wanita.

Soalan: Apakah jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan di dalam MAAster Wanita.

Berikut adalah jenis-jenis perlindungan yang terdapat didalam PLAN MAAster Wanita:

1. Kematian/Hilang Upaya Kekal
2. Perlindungan 36 jenis penyakit
3. Perlindungan Kemalangan

4. MAAster Wanita:

Pemeriksaan Tahunan Kesihatan Wanita: Ujian Darah, Papsmear, Mammogram, Abdomen, Pelvis Ultrasound.


  • Kanser Wanita: Payudara, Uteri, Serviks, Tiub Falopiavari, Uterus, Vargina, Vulva.

  • Peringkat Awal Sebelum Dihinggap Kanser (KARSINOMA-IN-SITU) : Payudara dan Uteri Serviks

  • Lupus Eritermatos Sistematik dengan Lupus Nefritis: Buah Pinggang tidak berfungsi

  • Lesion Inteapitelial Skuama Gread Tinggi (HISL) dengan Displasia tenat: Kanser Pangkal Rahim

  • Fibroid: Ketumbuhan Dalam Rahim

  • Ovarian Cyst: Kandungan Mengandungi Air

  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara Akibat Kemalangan ataupun Kanser

  • Pemindahan Kulit akibat kebakaran dan Kanser Kulit

  • Keretakan Tulang akibat Osteopososis.

5. Perlindungan Kehamilan



  • Elaun Kelahiran

  • Faedah Harian Kemasukan

  • Hospital akibat Komplikasi dari kelahiran

  • Kematian Ibu akibat Kelahiran

6. Komplikasi Kehamilan



  • Penyebaran Pengumpulan Intrakakular: Tumpah Darah

  • Kehamilan Ektopik : Mengandung Luar Rahim

  • Mol Hidatidiform (Kandungan Molar): Kandungan Anggur/ Tumpah Darah

  • Kematian 'Still Birth" : Meninggal Dalam Perut

  • Kematian " Neonatal" : Meninggal Selepas Kelahiran

  • Eclampsia: Sawan/Darah Tinggi


6. Penyakit Kongenital Bayi




  • Down Sindrom

  • Spina Bifida : Saraf Terkeluar/ Tulang Belakang Berlubang

  • Tetralogi Fallot: Kecacatan Jantung

  • Transposisi Pembuluh Utama : Pembuluh Jantung Terbalik

  • Kecacatan Atrium Septum : Jantung Atas Berlubang

  • Kecacatan Ventrikular Septum : Jantung Bawah Berlubang

7. "Golden Wanita"



  • Hilang Upaya Dari Aktiviti Harian


Nota: Kebanyakan insuran/takaful masa kini tidak memberi perlindungan no. 4 hingga 7 di atas. Kepada wanita yang sudah mempunyai perlindungan insuran/takaful dari mana jua syarikat insuran boleh upgrade kepada MAAster Wanita.





Soalan: Mengapa MAAster Wanita ini Penting dan mesti dimiliki oleh semua wanita?


Setiap wanita tidak boleh terlalu yakin bahawa mereka tidak akan menghadapi risiko-risiko tersebut. Apatah lagi jika ada sejarah keluarga yang pernah menghadapi risiko diatas. Jika tidak ada sejarah penyakit keluarga, wanita tetap berisiko apatah lagi dengan tabiat pemakanan wanita pada hari ini dan kurangnya wanita melakukan aktiviti bersenam.



  • 1 dari setiap 8 wanita menghidap Kanser Payudara

  • 1 daripada 9 org wanita akan terdedah kepada kanser payudara.

  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

  • Purata 4,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun. 2,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kanser tersebut.


Umum mengetahui, kos rawatan penyakit kritikal masa kini adalah tersangat mahal dan selalunya diluar kemampuan kebanyakan wanita di Malaysia. Berikut adalah contoh anggaran kos rawatan untuk penyakit kritikal:



  • Kanser : RM100,000 - RM150,000

  • Penyakit Hati: RM45,000 - RM180,000

  • Sakit Jantung: RM30,000 - RM120,000

  • Kerosakan Buah Pinggang: RM50,000 - RM200,000

  • Virus Hepatitis : RM35000 - RM 150,000

  • Pemindahan Organ Utama: RM100,000 - RM300,000

Sekarang jika anda memerlukan dana kecemasan untuk membiayai kos diatas, fikirkanlah dimana akan anda cari dana tersebut dengan segera. MAAster wanita dapat membantu anda di saat anda sangat memerlukan.



Soalan: Bilakah saya mesti memiliki MAAster Wanita.


Semua Wanita berumur 18-50 tahun layak memohon untuk memiliki MAAster Wanita dan anda mestilah sihat. Tidak layak jika anda telah disahkan menghidapi penyakit kritikal. Oleh itu sebelum anda menjalani apa-apa pemeriksaan kesihatan, pastikan anda telah terlebih dahulu memiliki MAAster Wanita. Jika anda telah disahkan telah mendapat penyakit kritikal, anda sudah tidak lagi layak untuk memiliki MAAster Wanita. Sekiranya anda merancang untuk hamil, sekurang-kurangya anda hendaklah memiliki MAAster Wanita setahun lebih awal dari tarikh kehamilan.


Soalan: Berapakah Harga Untuk Memiliki MAAster Wanita?


Anda boleh memiliki MAAster Wanita dengan minima RM100 sebulan. Jika anda sihat dan tidak menuntut apa-apa tuntutan, simpanan anda yang terkumpul serta faedah daripada pelaburan di dana syariah akan dikembalikan kepada anda. Anda dituntut untuk memiliki MAAster wanita lebih awal kerana lebih lama anda menunggu, anda terpaksa membayar harga MAAster wanita dengan lebih tinggi. Untuk mereka yang belum lagi mempunyai memiliki plan takaful, MAAster wanita adalah plan yang terbaik untuk anda kerana ianya telah merangkumi semua risiko secara menyeluruh.


Soalan: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan MAAster wanita?


Anda boleh menghubungi saya seperti dibawah:


Tel: 014-962 9729 / 016-295 2463


email: rohana.wmsb@gmail.com


Wassalam.


Rohana.